PELAYAR WEB, PERISIAN LAYARI INTERNET TANPA GANGGUAN IKLAN DENGAN ADBLOCK

Entry kali ini saya akan ajarkan cara bagaimana menjimatkan kouta internet kepada yang menggunakan pelan internet yang kecil dan membuat pelayar web menjadi lebih laju tanpa iklan yang remeh. AdBlock Plus bukan sesuatu yang baru di dalam teknologi ICT sekarang, malah telah digunakan oleh seluruh dunia kerana ianya cepat dan pantas.

Apabila anda membuka satu-satu laman web, akan keluarlah iklan pelbagai rupa. Ada yang kecil, besar, berkelip-kelip, dan yang berbunyi macam kad raya. Ada kalanya, iklan lagi banyak daripada kandungan laman web itu sendiri.Untuk menyekat iklan-iklan tersebut, anda boleh menggunakan AdBlock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.

Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:

Simple AdBlock bagi Internet Explorer
AdBlock bagi Chrome
AdBlock bagi Firefox
Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock ini dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

Sebelum itu pasang dan update kepada yang versi terbaru pelayar web masing masing untuk menggunakan AdBlock plus ini. Semoga bermaanfaat dan berjaya.

Advertisements